Saturday, 22 April 2017

Sesi Pertama

[ Entri 2 ]

20 April 2017  [ Khamis ]

    09.10 pagi

    Kesemua Ketua Subzon telah dipanggil untuk penerangan ringkas mengenai objektif sesi Sisih, Sapu dan Susun. Aktiviti telah dijalankan mulai jam 09.30 pagi di kesemua subzon yang terlibat iaitu:

a) Subzon Pentadbiran
b) Subzon Sumber Manusia
c) Subzon Kewangan
d) Subzon Pembangunan dan Kejuruteraan
e) Subzon Aset dan Perolehan
f) Subzon Stor Alat Tulis
g) Subzon Kompleks On-Call


Gambar-gambar bagi setiap aktiviti yang dijalankan adalah seperti di bawah :

Meja Pn Suzaida (SM)





Meja En Rizal (SM)


Kaunter Bahagian Pengurusan


Meja Cik Intan



Meja Pn. Aini (Unit Pembangunan dan Kejuruteraan)

Unit Aset dan Perolehan


Meja kakitangan (Unit Aset dan Perolehan)

Meja Pn. Shikin (Unit Perolehan)


 Terima kasih diucapkan di atas usaha semua kakitangan yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung di dalam menjayakan aktiviti pada hari berkenaan.

Good Job!!



Tuesday, 18 April 2017

Pelaksanaan EKSA | Zon Pengurusan

[ Entri 1 ]  


Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tujuan bloq ini diwujudkan adalah lebih kepada merekod segala aktiviti yang dijalankan dalam menjayakan EKSA bagi Zon Pengurusan, Hospital Sultan Abdul Halim.

Pengarah hospital melalui Perhimpunan Pagi pada bulan Mac yang lalu telah melancarkan Kempen Ke Arah Persijilan EKSA, bagi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani secara keseluruhannya.

Blog ini adalah blog bagi Zon Pengurusan. Segala aktiviti akan dimasukkan ke dalam blog bagi tujuan dokumentasi dan audit EKSA kelak.

Mesyuarat di peringkat Zon Pengurusan telah diadakan pada 18 April 2017. Agenda utama semasa mesyuarat berkenaan adalah bagi memberi gambaran kepada sub-sub zon berkenaan objektif Pelaksanaan EKSA itu sendiri. Beberapa wakil daripada sub-sub zon telahpun dibentuk.

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti pertama EKSA iaitu Sisih, Sapu dan Susun pada 20 April 2017.

Mari kita semua doakan semoga aktiviti pada esok hari akan berjalan lancar dan dipermudahkan hendakNya. Amin

Ketua Zon Pengurusan
19 April 2017 (Rabu)