Tuesday, 18 April 2017

Pelaksanaan EKSA | Zon Pengurusan

[ Entri 1 ]  


Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tujuan bloq ini diwujudkan adalah lebih kepada merekod segala aktiviti yang dijalankan dalam menjayakan EKSA bagi Zon Pengurusan, Hospital Sultan Abdul Halim.

Pengarah hospital melalui Perhimpunan Pagi pada bulan Mac yang lalu telah melancarkan Kempen Ke Arah Persijilan EKSA, bagi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani secara keseluruhannya.

Blog ini adalah blog bagi Zon Pengurusan. Segala aktiviti akan dimasukkan ke dalam blog bagi tujuan dokumentasi dan audit EKSA kelak.

Mesyuarat di peringkat Zon Pengurusan telah diadakan pada 18 April 2017. Agenda utama semasa mesyuarat berkenaan adalah bagi memberi gambaran kepada sub-sub zon berkenaan objektif Pelaksanaan EKSA itu sendiri. Beberapa wakil daripada sub-sub zon telahpun dibentuk.

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti pertama EKSA iaitu Sisih, Sapu dan Susun pada 20 April 2017.

Mari kita semua doakan semoga aktiviti pada esok hari akan berjalan lancar dan dipermudahkan hendakNya. Amin

Ketua Zon Pengurusan
19 April 2017 (Rabu)

No comments:

Post a Comment